MUKADIMAH Keputusan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bersama Perikatan Nasional (PN) menyebabkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, DATUK SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL serta lima wakil rakyat lain dilabel pengkhianat oleh pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Namun, beliau berpendirian tindakan itu diambil bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya bagi memastikan rakyat di kawasan yang diwakilinya tidak terus terpinggir daripada bantuan dan peruntukan kerajaan.
Malah, apabila Bersatu sendiri akhirnya mengambil keputusan menyokong kerajaan melalui Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA), beliau melihat perkembangan itu sebagai bukti bahawa pendekatan yang pernah dikritiknya dahulu kini turut diterima parti beliau sendiri.








