Johor Bahru: Kejayaan suri rumah sepenuh masa, Dr Ila Norsalida Ali Amran bergelar graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuktikan bahawa golongan itu juga mempunyai nilai dan berhak dipandang tinggi oleh masyarakat.

ILa Norsalida, 44, yang menjadi suri rumah sepenuh masa hampir 20 tahun sejak mendirikan rumah tangga pada 2007, bukanlah halangan untuknya mencapai kejayaan sehingga menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana pada 2009 sebelum ke peringkat PhD pada 2021.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, beliau memilih untuk menjadi suri rumah demi memberi tumpuan penuh kepada keluarganya, namun golongan itu sering dipandang rendah oleh masyarakat.