PUTRAJAYA: CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) terus memperkukuh hubungan dengan pelanggan menerusi pelbagai inisiatif penghargaan, termasuk menawarkan hadiah bernilai sehingga RM20 juta menerusi kempen Mega Gegar 20 Juta.

Seramai 37 peserta diumumkan sebagai pemenang kempen Mega Gegar 20 Juta pada acara kemuncak kempen yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya semalam.

Ketua Perkhidmatan Jenama & Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, berkata kempen itu adalah manifestasi penghargaan syarikat terhadap 20 juta pelanggannya yang terus memberikan kepercayaan kepada perkhidmatan ditawarkan.

Beliau berkata, sambutan menggalakkan daripada pelanggan di seluruh negara membuktikan sokongan mereka terhadap CelcomDigi, sekali gus mendorong syarikat menyediakan pelbagai ganjaran dan pengalaman bermakna menerusi kempen berkenaan.