Kuala Lumpur: Enam lagi kemudahan Takungan Air di Tapak (OSD) akan dibina tahun depan bagi memperkukuh keupayaan mitigasi banjir di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, terdapat enam kemudahan OSD sedang dalam pembinaan termasuk satu di Padang Merbok di sini.
Katanya, kemudahan OSD berfungsi menakung air hujan buat sementara waktu sebelum dilepaskan secara terkawal ke dalam sistem perparitan bagi mengurangkan risiko banjir kilat.
"Sembilan kemudahan OSD sudah siap dibina, termasuk di kawasan padang awam. Bahagian bawah tanahnya digunakan sebagai kolam takungan manakala permukaannya kekal boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi.










