Bangkok: Kebakaran besar memusnahkan sebuah rumah kedai empat tingkat di pulau peranginan Phuket, Thailand pada awal pagi tadi, mengorbankan 11 nyawa dan 16 lagi mengalami kecederaan.
Kebakaran itu bermula kira-kira jam 3.30 pagi di sebuah bangunan komersial yang menempatkan sebuah restoran dan penginapan sewa, kata seorang pegawai polis dari komuniti Patong di Phuket kepada AFP
"Anggota bomba mengambil masa dua jam untuk mengawal kebakaran dan menemukan 11 orang maut," katanya sambil memaklumkan mangsa membabitkan warga Thailand dan Myanmar.
Punca kebakaran masih dalam siasatan, kata pegawai berkenaan yang enggan dikenali kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.









