Istanbul: Pelakon British Robert Pattinson secara rasmi dipilih untuk membawakan watak James Bond yang baharu, lapor Anadolu Ajansi.
Pengumuman dibuat Amazon MGM Studios, semalam sekali gus menamatkan spekulasi selama beberapa bulan mengenai pengganti Daniel Craig sebagai ejen perisik ikonik Britain itu.
Pelakon berusia 40 tahun yang terkenal menerusi lakonannya dalam The Batman, The Twilight Saga dan The Odyssey akan membawakan watak ejen 007 dalam filem terbaharu francais perisik yang lama bertapak dalam industri perfileman.
"James Bond merupakan antara watak paling legenda dalam dunia perfileman dan diberi kepercayaan untuk membawakan watak 007 adalah penghormatan terbesar sepanjang hidup saya.










