Jericho: Seorang wanita warga emas Palestin terbunuh manakala 10 lagi cedera selepas sekumpulan peneroka Israel melepaskan tembakan di kampung Duyuk al-Tahta, barat Jericho, Tebing Barat yang diduduki Israel, menurut stesen televisyen rasmi Palestin, hari ini.
Pengarah Jabatan Kecemasan Hospital Kerajaan Jericho, Yahya Mufreh, berkata wanita itu meninggal dunia selepas terkena tembakan di kepala.
Tentera Israel memaklumkan pihaknya sedang menyiasat laporan awal berhubung kejadian tembakan di kawasan Jericho.
Menurut kenyataan tentera, anggota mereka sudah dihantar ke lokasi kejadian dan sekatan jalan raya sedang dipasang di kawasan berkenaan.









