Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersedia menawarkan bantuan penempatan sementara berupa bilik transit bagi memudahkan Muhammad Ammar Fawwaz Azizan dan adik kembarnya, Muhammad Amir Fawwaz berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
Wakil MAIWP memaklumkan penempatan itu terletak di kawasan rumah kedai di Taman Pelangi Jaya, Sentul, di sini, dan pihaknya sudah berhubung dengan waris kembar berusia 22 tahun itu bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Katanya, setakat ini, dua unit bilik transit ditawarkan bagi menempatkan kembar dan ibu mereka, Siti Mariam Yusof, 54, yang bekerja sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan mengambil cuti tiga bulan tanpa gaji bagi menjaga anaknya.










