Kuching: Jentera Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyasarkan kadar keluar mengundi tinggi serta memastikan sokongan rakyat diterjemahkan kepada undi bagi membolehkan gabungan itu memperoleh mandat lebih besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Ketua Wanita GPS, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata jentera wanita gabungan itu sudah bersedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya berkenaan, termasuk di peringkat cawangan dan ranting.
Katanya, pembahagian tugas dalam kalangan anggota jentera juga sudah dilaksanakan dan difahami bagi memastikan setiap gerak kerja berjalan teratur serta berkesan.
"Terdapat tiga sasaran utama yang mahu dicapai pergerakan Wanita GPS, iaitu meningkatkan kadar keluar mengundi, mendapatkan sokongan tinggi kepada GPS dan memastikan sokongan berkenaan diterjemahkan kepada undi sebenar.









