Kedah perlu semak cukai tanah selepas 10 tahun tidak dilaksana
ALOR SETAR: Kerajaan negeri perlu menyemak cukai tanah tahun ini selepas 10 tahun tidak disemak bagi mengelakkan Kedah terus kehilangan potensi hasil.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kadar cukai tanah kali terakhir disemak pada 2016.
Katanya, jika semakan itu gagal dilaksanakan, Kedah terpaksa menunggu sehingga 2036 untuk melaksanakan semakan berikutnya, sekali gus menyebabkan jurang hasil negeri semakin besar.









