SERING kali timbul tanggapan bahawa seni pementasan teater di negara ini ialah medan hiburan yang lesu dan hanya dinikmati oleh kelompok elit tertentu.
Namun, perkembangan industri seni lakon sejak kebelakangan ini membuktikan sebaliknya.
Pentas teater tanah air kini sedang melalui fasa kebangkitan yang bertenaga, sama ada membabitkan karya berskala mega mahupun pementasan indie berskala kecil.
Bukti paling nyata dapat dilihat menerusi fenomena teater muzikal, Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical.









