MCALLEN, TEXAS – Polis menemukan satu tan dadah jenis methamphetamine (meth) yang disembunyikan dalam beratus-ratus kubis di sempadan Amerika Syarikat (AS) dan Mexico, lapor akhbar The Sun UK.
Rakaman video dikongsi oleh Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) menunjukkan pasukan polis merampas meth yang juga dikenali sebagai syabu disembunyikan dalam penghantaran kubis.
Polis dilihat memakai sarung tangan nitril berwarna biru dan mengupas lapisan luar kubis sebelum menemukan bungkusan mengandungi meth.
DEA menyatakan bahawa pihaknya berjaya merampas dadah seberat kira-kira satu tan di dalam operasi tersebut.
Rampasan tersebut dilakukan di McAllen, sebuah bandar di negeri Texas yang bersempadan dengan Reynosa, Mexico semalam.








