Pendang: Seorang lelaki warga emas cedera parah selepas terbabit kemalangan membabitkan dua motosikal di jalan Kampung Alor Belat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari semalam, mangsa berusia 62 tahun mengalami pendarahan dalam kepala, patah tulang leher, patah tulang tangan kanan dan patah tulang rusuk

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata kemalangan membabitkan dua motosikal SYM BX110 dan Honda NF125M.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal SYM BX110 dari arah Alor Setar menghala ke Tokai hilang kawalan sebelum bergesel dengan motosikal Honda NF125m ditunggang mangsa warga emas dari arah bertentangan.