Shenzhen: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan wakil lima syarikat China yang berminat untuk melabur di Malaysia, bersempena lawatan beliau ke Shenzhen, China bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026.

Perbincangan tertumpu kepada industri semikonduktor dan elektronik termaju, komunikasi optik, serta teknologi bateri dan penyimpanan tenaga.

"Bidang ini membuka peluang kepada Malaysia untuk mempertingkatkan keupayaan pembuatan dan kejuruteraan, di samping menyokong pertumbuhan ekonomi digital serta peralihan tenaga negara.

"Saya menekankan kepentingan pelaburan ini dalam membawa manfaat secara langsung kepada rakyat melalui peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, pemindahan teknologi dan penyertaan lebih meluas syarikat tempatan dalam rantaian bekalan," katanya.