HULU SELANGOR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan memberikan penjelasan berhubung isu projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Parlimen hari ini.
"Jika berkaitan isu LCS, saya akan ke Parlimen untuk menjawabnya petang ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke syarikat pertahanan tempatan, High Point Worldwide Sdn Bhd, di sini hari ini.
Isnin lalu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mendapati projek LCS lewat 7.55 peratus daripada jadual sehingga 25 Jun lalu, sekali gus menimbulkan risiko terhadap penyerahan fizikal LCS 1.
Kelewatan itu berlaku susulan sistem pelancar Naval Strike Missile (NSM) yang masih belum tersedia selepas permit eksportnya dibatalkan secara kekal oleh kerajaan Norway.









