BATU PAHAT – Penduduk di Kampung Kenangan Dato Onn di sini, mempersoalkan tindakan pihak pemaju yang membina jambatan baharu di tapak sedia ada dari Jalan Timah 12 ke Jalan Kelabu di sini, sejak Sabtu lalu.
Dakwa mereka, projek berkenaan jika diteruskan bukan sahaja membahayakan penduduk kampung serta Taman Bukit Pasir kerana jambatan baharu itu akan dijadikan laluan bagi kenderaan berat sedangkan keadaan di Kampung Kenangan Dato Onn sempit serta bahaya kepada kenderaan kecil.
Seorang penduduk, Muhammad Nur Ridzuan Khairi Adzhar, 36, berkata, projek sepatutnya adalah pembinaan jambatan baharu dari Jalan Timah Sari ke Jalan Kelabu kira-kira 200 meter daripada Jalan Timah 12.
Katanya, jambatan sedia ada di Jalan Timah 12 dibina sejak lebih puluhan tahun itu masih kukuh dan boleh digunakan penduduk kampung.








