Kementerian Belia dan Sukan berkata tarikh baharu sambutan Hari Sukan Negara akan diumumkan kelak, tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap selamat bagi aktiviti luar. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan akibat jerebu.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, keputusan itu susulan perbincangan terperinci dengan agensi kerajaan berkaitan mengambil kira aspek kesihatan awam serta keselamatan semua pihak terbabit.
KBS berkata, ia sentiasa memantau dengan teliti perkembangan kualiti udara dan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan dalam negara.
Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung esok di Bukit Jalil ditangguhkan sehingga tarikh baharu diumumkan kelak.
Read the full story on Free Malaysia TodayYou've read the opening, about 111 of 233 words. The full piece is published by Free Malaysia Today.
KUALA LUMPUR, Oct 9 (Bernama) -- National men's doubles player Tee Kai Wun aims to break back into the world's top 10 with Man Wei Chong, by the end of the season as they reunite…