LABUAN: Tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan minuman beralkohol melarikan diri ke kawasan paya bakau bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi di Sungai Melikai, Menumbok, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, APMM berjaya merampas 600 karton minuman beralkohol pelbagai jenama bernilai RM270,000 bersama sebuah bot kargo dan dua lori.
Pengarah Maritim Zon Labuan, Kapten Maritim Izwanhadi Idros, berkata operasi dijalankan hasil maklumat risikan berhubung kegiatan membawa barangan disyaki tidak berkastam dari perairan Labuan ke tanah besar Sabah.
Katanya, bot operasi Penggalang 24 yang menjalankan rondaan mengesan sebuah bot kargo dinaiki tiga individu bergerak dari perairan Pulau Labuan menuju ke Menumbok.










