PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah Erma Fatima terkejut selepas mengetahui pelakon wanita yang pernah menjayakan drama sensasi, Bidaah didakwa terlibat dengan amalan pelbagai ritual keagamaan, ramalan kad Tarot dan kepercayaan spiritual lain termasuk ajaran New Age Movement (NAM) sepertimana tular di media sosial.

Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali, 58, bagaimanapun menggesa orang ramai tidak menjatuhkan hukuman membuta tuli selain menasihatkan mereka merujuk pihak berkuasa terlibat untuk sebarang kemas kini perkara terbabit.

“Nauzubillahiminzalik. Doakan semoga Allah pulihkan hati dan iman dia untuk kembali ke