PETALING JAYA – Tindakan sebuah kereta jenis BYD Seal yang didakwa terus meninggalkan lokasi selepas terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Asiah Ahmad Syahir, mengundang kemarahan pengguna media sosial.

Menerusi beberapa rakaman tular di Threads, sebuah BYD Seal berwarna hitam dilihat bergerak perlahan di atas jalan raya dengan bahagian hadapan sebelah kanan kenderaan itu mengalami kerosakan teruk.

Rakaman berkenaan dipercayai dirakam selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, kelmarin yang menyebabkan Asiah meninggal dunia akibat kecederaan