LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Andoni Iraola mempersoalkan keputusan pengadil, Chris Kavanagh melayangkan kad merah kepada Ryan Gravenberch selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam kelmarin.
Pada aksi yang berlangsung di Anfield, Gravenberch diarahkan keluar padang pada minit ke-62 selepas menerima kad kuning kedua susulan kekasaran yang dilakukan ke atas Jeremy Doku.
Situasi tersebut dimanfaatkan sepenuhnya The Citizens apabila meledak tiga gol dalam tempoh 13 minit hasil penyudah Erling Haaland, Doku dan Rayan Cherki.
Iraola berkata, pengadil telah membuat kesilapan apabila melayangkan kad kuning pertama kepada Gravenberch pada awal babak kedua selepas mengasari Elliott Anderson.









