PETALING JAYA – Malaysia tidak harus terikat dengan pilihan antara Timur atau Barat dalam menentukan hala tuju ekonomi, sebaliknya membuka ruang kerjasama dengan semua rakan dagang bagi menarik pelaburan berkualiti dan memperkukuh daya saing negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerjasama ekonomi Malaysia dengan Kesatuan Eropah (EU) perlu menghasilkan manfaat nyata kepada negara.
Katanya, ia termasuk pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan dan pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji lebih baik.
“Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dengan semua rakan ekonomi berasaskan sikap saling menghormati dan manfaat bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.








