JAKARTA: Asap tebal akibat kebakaran hutan di Indonesia menghalang operasi pesawat pemadam kebakaran di Kalimantan Tengah sejak seminggu lalu.
Selain itu, kawasan berpaya dan haiwan buas turut merumitkan usaha mengawal api yang mengancam habitat orang utan terkenal di dunia itu.
Anggota bomba turut menghadapi cabaran kekurangan peralatan ketika kebakaran merebak ke kawasan seluas lebih 500 hektar di Taman Negara Tanjung Puting serta sekitar Kotawaringin Barat dan Seruyan.
Demikian menurut maklumat daripada mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, pada 12 Oktober.








