PETALING JAYA – Seorang lelaki didakwa sempat merasa menjadi ‘bilionair’ seketika, apabila menerima wang mencecah RM1 bilion lebih dikatakan dimasukkan oleh sebuah bank dalam akaunnya.
Bagaimanapun, lelaki tersebut bersikap jujur apabila dia terus memaklumkan kesilapan berkenaan kepada pihak bank sebelum tindakan diambil oleh mereka.
Menerusi hantaran Thread, dia dikenali sebagai Wanmohdfairuz Wza berkongsi resit bank berhubung jumlah dimasukkan ke akaunnya iaitu RM1,000,315,879 dengan transaksi tersebut berkaitan ganjaran wang tunai bagi promosi dan kempen untuk kitaran (cycle) keenam.<








