KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) fokus menaik taraf dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur pelancongan di seluruh negara yang semakin uzur, terutama prasarana jeti dan laluan akses utama.
Langkah drastik itu diambil bagi menjamin keselesaan serta keselamatan pelancong tempatan mahupun antarabangsa yang melancong ke negara ini.
Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, berkata kementerian bersyukur menerima suntikan peruntukan lebih tinggi menerusi Belanjawan 2027 yang akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memulihkan prasarana kritikal terjejas.
"Infrastruktur seperti jeti pelancongan dan laluan akses yang uzur memerlukan penambahbaikan segera kerana ia adalah pintu masuk utama serta titik sentuhan awal (first touchpoint) pengunjung.









