PETALING JAYA – Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10.30 pagi ini.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 209, sekali gus berada pada tahap sangat tidak sihat.

Larkin, Johor pula merekodkan bacaan IPU kedua tertinggi iaitu 195, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (190) dan Johan Setia, Selangor (185).

Klang, Selangor mencatatkan bacaan 181, diikuti Seremban, Negeri Sembilan (180), Bandaraya Melaka (179), Bukit Rambai, Melaka dan Pengerang, Johor masing-masing 178.