KUALA LUMPUR - "Bukan salah saya, tak perlulah nak komen, 'King' buat hal ke apa dah hon dah, tapi dia keluar juga."Itu reaksi seorang individu yang mendakwa dirinya pemandu Perodua Myvi yang terbalik dalam kemalangan di Jalan Kuching menghala ke Selayang pada Khamis.Menerusi perkongsian di Threads, individu itu menjelaskan bahawa kejadian berkenaan bukan berpunca daripada tindakannya, sebaliknya mendakwa sebuah Perodua Axia memasuki laluannya sebelum berlaku pelanggaran.Bagi menjelaskan kejadian sebenar, individu terbabit turut berkongsi rakaman kamera papan pemuka yang dipercayai merakam detik sebelum kemalangan berlaku.Berdasarkan rakaman itu, Myvi berwarna kuning berkenaan dilihat bergerak di lorong paling kiri sebelum sebuah Axia dari lorong susur memasuki laluan tersebut.Pelanggaran pada bahagian sisi Myvi dipercayai menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbalik di lorong tengah dan menghalang sebahagian laluan.Sebelum ini tular di media sosial memaparkan sebuah Myvi dalam keadaan terbalik di tengah jalan dikongsikan di Threads.Rakaman berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi dan andaian pengguna media sosial mengenai punca kemalangan sebelum rakaman kamera papan pemuka dikongsikan.Rata-rata pengguna yang menonton rakaman itu menyatakan simpati terhadap pemandu Myvi berkenaan selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan."Allahu bang, baru tahu nilah punca dia bang. Semoga urusan abang dipermudahkan bang,"komen seorang pengguna.
'Bukan salah saya' - Pemandu Perodua Myvi

Key takeaways
Seorang pemandu Perodua Myvi mendakwa kemalangan bukan disebabkan olehnya, tetapi oleh kereta Perodua Axia yang memasuki laluan.
- Pemandu Myvi menyangkal kesalahan dan menyalahkan kereta Axia yang memasuki laluan mereka.
- Rakaman kamera papan pemuka menunjukkan Axia memasuki lorong kiri Myvi sebelum pelanggaran berlaku.
- Kemalangan menyebabkan Myvi terbalik dan menghalang laluan jalan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dua wanita rentung, Perodua Myvi terbakar selepas rempuh lori
- Berita Harian 2 wanita maut Perodua Myvi terbakar selepas kemalangan
- Harian Metro Lelaki maut Perodua Myvi rempuh belakang lori
- Malaysiakini (BM) Pemandu tidak mengaku salah langgar budak lima tahun hingga maut
- Sinar Harian 'Bukan salah saya' - Pemandu Perodua Myvi (this story)








