Kuala Lumpur: Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki mencuri kabel berhampiran landasan Transit Aliran Massa (MRT) antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara, semalam.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata kejadian itu dikesan selepas seorang juruteknik berusia 27 tahun menemui beberapa gulung kabel yang sudah dipotong ketika menjalankan rondaan rutin bersama anggota polis bantuan, 2.30 pagi.
Beliau berkata, kabel berkenaan ditemui di kawasan terbuka di sepanjang jajaran MRT, kira-kira 200 meter dari stesen Pusat Bandar Damansara.
"Juruteknik itu menemui sembilan gulung kabel tembaga kosong berukuran 150 milimeter dengan panjang keseluruhan kira-kira 90 meter, selain empat gulung kabel negatif berukuran 400 milimeter sepanjang kira-kira 12 meter.








