JAKARTA: Jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan kini merebak hingga ke Jakarta, mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan penduduk apabila kualiti udara di beberapa kawasan mencecah tahap tidak sihat.
Penyebaran asap itu mendorong agensi meteorologi Indonesia menasihatkan penduduk supaya mengehadkan aktiviti luar.
Pegawai kanan agensi iti, Guswanto, berkata imej satelit menunjukkan asap merebak merentasi Kalimantan dan Sumatera sebelum sampai ke Banten, Jawa Barat dan Jakarta.
Guswanto menasihatkan penduduk supaya mengelakkan aktiviti senaman di luar dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada pencemaran udara.








