KAMPAR: ‘Saya tak sangka itu mesej terakhir yang dia berikan kepada saya dan penuh bermakna’.

Demikian luahan Mohammad Amar Irfan Sabran 22, yang kehilangan tunangnya, Siti Nor Sazlin Shaik Mohd. Firdaus, 25, dalam kemalangan maut membabitkan sebuah lori Jabatan Imigresen di ibu negara pada 18 Ogos lalu.

Siti Nor Sazlin maut bersama bapanya, Shaik Mohd. Firdaus Shaikh Yahya, 53, dan adiknya, Siti Darwisyah Auni, 12, selepas dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen dalam kejadian tersebut.

Mohammad Amar, anggota Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja d