Kota Kinabalu: Polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebuah kontena diletakkan di bahu Jalan Sepanggar, berhampiran Pelabuhan Sepanggar, di sini, sebelum terjatuh dan menghempap kenderaan pelbagai guna (MPV) sehingga meragut nyawa dua beranak semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan turut meneliti sama ada kontena itu diletakkan di kawasan berkenaan secara sengaja atau disebabkan faktor lain yang tidak dapat dielakkan.

Katanya, polis juga sedang mendapatkan keterangan saksi bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, selain meneliti aspek keselamatan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

"Walaupun kontena diletakkan di tepi jalan, saiz dan ketinggiannya boleh menghalang pandangan pengguna jalan raya serta menimbulkan risiko keselamatan yang tinggi.