Kuala Lumpur: Cadangan pelepasan cukai bagi pengambilan haiwan angkat dan penjagaan kesihatan veterinar di bawah Belanjawan 2027 berpotensi mengukuhkan amalan pemilikan haiwan secara bertanggungjawab, di samping meningkatkan usaha pencegahan penyakit zoonotik dan pengurusan haiwan terbiar.

Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr Mohd Faizal Ghazali berkata, inisiatif kerajaan itu dapat menggalakkan pemilik haiwan melakukan vaksinasi sebelum ini dianggap membebankan dari segi kewangan.

Beliau berkata amalan vaksinasi amat penting bagi mencegah penularan penyakit berjangkit dalam kalangan haiwan serta mengurangkan risiko penyakit zoonotik iaitu penyakit yang boleh merebak daripada haiwan kepada manusia.