Ampang Jaya: "Bang, boleh pinjam RM6 tak bang? Saya nak guna belanja anak saya sekolah esok."

Demikian permintaan seorang bapa yang membuatkan Mohd Zaenuddin Jupri, 33, atau Zaen sebak lantas menghulurkan pertolongan buat lelaki berkenaan.

Kisah itu dikongsikan Zaen menerusi satu hantaran di TikTok hingga turut meruntun hati warganet.

Menceritakan kisah itu, Zaen yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel berkata, dia berjumpa dengan lelaki berkenaan secara kebetulan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di sekitar ibu negara.