KUCHING - Suspek yang dipercayai menyerang seorang guru sehingga cedera di sebuah sekolah antarabangsa di sini pada Rabu lepas masih menerima rawatan di hospital.Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Saifullizan Ishak berkata, polis akan meneruskan siasatan dengan mengambil kira kesihatan suspek serta nasihat dan penilaian pihak pegawai perubatan."Polis menegaskan siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan."Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.Saifullizan berkata, setakat ini, sebanyak 24 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes itu.Beliau juga meminta orang ramai untuk menghormati privasi semua pihak yang terlibat dan tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi, khususnya individu di bawah umur.Pada 21 Oktober, Saifullizan mengesahkan seorang guru wanita cedera dipercayai akibat diserang seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah antarabangsa di sini.Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.- Bernama
Insiden serang guru: Suspek terima rawatan di hospital

Key takeaways
Suspek yang disyaki menyerang guru masih dirawat di hospital sementara polis terus siasat kes tersebut.
- Suspek yang menyerang guru masih menerima rawatan di hospital.
- Polis akan terus siasat kes tersebut dengan mengambil kira kesihatan suspek.
- 24 individu telah diambil keterangan untuk membantu siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Suspek insiden tular di Petaling Jaya ada 10 rekod dadah, jenayah
- Sinar Harian Insiden serang guru: Suspek terima rawatan di hospital (this story)






