KUALA LUMPUR: Keinginan menghasilkan karya lebih segar berdepan kekangan apabila penulis skrip perlu mengambil kira selera penonton dan kehendak stesen televisyen (TV), sekali gus menyebabkan formula cerita klise terus mendominasi drama tempatan.
Penulis skrip berpengalaman, Wan Mahani Wan Hassan, mengakui pengkarya sendiri bosan dengan pengulangan formula sama dan mahu meneroka pendekatan penceritaan lebih berani, namun sambutan penonton terhadap karya yang menawarkan kelainan masih menjadi pertimbangan utama industri.
Wan Mahani yang lebih 15 tahun berkecimpung dalam penulisan skrip berkata, drama tempatan yang cuba mengetengahkan konsep berbeza kadangkala tidak mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus menyukarkan pengkarya untuk keluar daripada kebiasaan.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fschool123_643073.png&w=480&output=webp&q=85&we)

