WASHINGTON: PENTAGON mengesahkan Amerika Syarikat (AS) sudah memindahkan semula pesawat pengebom B-1 dari Pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) Fairford di United Kingdom (UK), lokasi satu insiden mencurigakan yang mencetuskan pemindahan penduduk di kawasan berhampiran.

Dalam kenyataan, pegawai Pentagon, berkata pihaknya mengesahkan semua pesawat pengebom AS yang ditempatkan di RAF Fairford sudah dipindahkan semula ke pangkalan asal masing-masing di negaranya.

Kenyataan itu turut menjelaskan keperluan keselamatan operasi menghalang mereka daripada mengesahkan pergerakan aset dan pasukannya secara masa nyata.

Semalam, polis dipanggil ke pangkalan itu di barat daya England selepas petani tempatan melaporkan sekumpulan lelaki bersama beberapa van melakukan aktiviti yang disifatkan sebagai 'mencurigakan'.