Soalan (S): Apakah status seseorang yang hilang dalam bencana dan jasadnya tidak ditemui?
Jawapan (J): Dari sudut hukum Islam, status terbabit pada peringkat awal dikategorikan sebagai mafqud, bukan secara automatik dihukum meninggal dunia hanya kerana jasadnya belum ditemui.
Namun, keadaan kehilangan mesti diambil kira. Fuqaha membezakan antara seseorang yang hilang dalam keadaan yang pada zahirnya selamat dengan seseorang yang hilang dalam keadaan 'ghalabatul halak', iaitu keadaan mempunyai kebarangkalian sangat tinggi membawa kepada kematian, seperti kapal karam, nahas pesawat, peperangan, runtuhan besar atau bencana alam yang dahsyat. Mazhab Hanbali, misalnya, secara jelas membuat perbezaan ini.









