KUALA LUMPUR – Dimarahi hanya kerana me­me­san barangan dalam talian, tidak memberi duit untuk membeli pakaian atau ter­paksa bergantung sepenuhnya kepada pasangan dalam memenuhi keperluan diri antara situasi yang boleh mencerminkan keganasan ekonomi dalam rumah tangga.

Selain itu, kelemahan pasangan dalam menyediakan wang untuk keperluan asas keluarga dan mengawal perbelanjaan pe­ribadi mangsa juga satu bentuk keganasan yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Keganasan rumah tangga bukan hanya melibatkan penderaan fizikal dan emosi, malah turut merangkumi kawalan ekonomi yang boleh menjejaskan kesejahteraan serta keyakinan diri mangsa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bentuk keganasan itu perlu diberikan perhatian kerana boleh berlaku dalam kehidupan seharian, khususnya apabila pasangan tidak menyediakan wang untuk keperluan asas keluarga atau mengawal perbelanjaan peribadi mangsa.