PUTRAJAYA: Sebanyak 115 pihak berkuasa tempatan (PBT) disasarkan mencapai sekurang-kurangnya Tahap 1 penarafan bandar pintar menjelang 2030.

Ia selaras usaha kerajaan memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam menerusi penggunaan teknologi dan inovasi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, berkata agenda bandar pintar Malaysia kini diangkat sebagai Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) Nasional, selaras aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Malaysia MADANI.

"Sejak Penarafan Bandar Pintar Malaysia diperkenalkan pada 2023, sebanyak 88 PBT di seluruh negara sudah memperoleh pengiktirafan berkenaan.