KOTA BHARU – Keputusan mengembalikan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan urusan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN).Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak terlibat dalam keputusan berhubung penempatan Mohd Shuhaily sama ada dikekalkan di AKPS atau dikembalikan ke PDRM."Perkara itu berada di bawah bidang kuasa pentadbiran KDN memandangkan Mohd Shuhaily merupakan pegawai polis yang berkhidmat secara kontrak di AKPS."AGC tidak terlibat dalam keputusan itu," katanya.Beliau berkata demikian Majlis Perasmian dan Penyerahan Prasarana Rekreasi Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara 2026 di Dataran Pinggiran Warisan Kampung Kok Lanas di sini pada Sabtu.Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil keputusan mengembalikan Mohd Shuhaily yang dalam kontrak peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menurutnya, AGC juga belum menerima rujukan rasmi dan belum memberikan pandangan rasmi berhubung perkara melibatkan Shuhaily."Kami belum memberi pandangan secara rasmi sebab ia belum dirujuk kepada pihak AGC."AGC hanya akan memberikan nasihat sekiranya menerima rujukan berkaitan perkara yang memerlukan pandangan undang-undang," katanya.Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, kedudukan perkhidmatan Mohd Shuhaily dirujuk kepada AGC untuk mendapatkan pandangan undang-undang sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan.
Shuhaily kembali ke PDRM urusan pentadbiran KDN - AGC

Key takeaways
KDN mengambil keputusan mengembalikan Shuhaily ke PDRM sebagai urusan pentadbiran, AGC tidak terlibat.
- Shuhaily kembali ke PDRM atas keputusan KDN.
- AGC tidak terlibat dalam keputusan penempatan Shuhaily.
- AGC belum menerima rujukan rasmi mengenai Shuhaily.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Urusan perkhidmatan Shuhaily sedang dimuktamadkan - KDN
- Harian Metro Mohd Shuhaily akan kembali ke PDRM - Saifuddin
- Malaysiakini (BM) Mohd Shuhaily kembali ke pangkuan PDRM lepas khidmat di AKPS tamat
- Sinar Harian Shuhaily kembali ke PDRM urusan pentadbiran KDN - AGC (this story)








