Universiti dengan ranking dan prestij cemerlang sentiasa menjadi idaman pelajar yang bercita-cita menyambung pengajian.
Namun, mengejar prestij dan ranking semata-mata boleh menyebabkan mereka terlepas pandang aspek lebih penting, iaitu kesesuaian bidang pengajian dengan minat, kebolehan akademik dan hala tuju kerjaya.
Pensyarah Kanan Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Siti Rahaimah Ali, berkata pemilihan universiti dan program pengajian tinggi ialah keputusan penting kerana ia boleh mempengaruhi perjalanan akademik, perkembangan diri serta kerjaya pelajar.
"Universiti terbaik bukanlah semestinya institusi yang berada pada kedudukan ranking tertinggi, sebaliknya institusi dan program pengajian yang paling sepadan dengan minat, kebolehan akademik, kemampuan kewangan serta matlamat kerjaya seseorang pelajar.









