KUANTAN: Seramai 403 Orang Bebas Berlesen (OBB) Penjara Penor dan Penjara Bentong kini diambil bekerja oleh 73 majikan dalam pelbagai sektor di empat daerah di negeri ini.
Daerah ini mencatat jumlah tertinggi membabitkan 160 OBB yang bekerja dengan 22 majikan.
Ini diikuti 99 OBB di Temerloh yang bekerja dengan 23 majikan, 80 OBB (13) di Jerantut dan 64 OBB (15) di Pekan.
Pengarah Penjara Pahang, Timbalan Komisioner Penjara, Suhaizak Ab Wahab, berkata, pihaknya berharap OBB yang kini diberi peluang bekerja dalam pelbagai sektor merebut peluang yang diberikan untuk membina kehidupan baharu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ffad2eeasdas_203900.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)