Jasin: Bermula dengan menghabiskan masa bermain permainan video di kafe siber, anak muda dari Serkam, dekat sini, tidak pernah menyangka minatnya itu mampu membawanya beraksi di pentas e-sukan antarabangsa.
Berkongsi kisahnya, Muhammad Dhiya Ulhaq Muhammad Arasz, 22, yang lebih dikenali dalam arena e-sukan dengan nama uHigh, berkata, minatnya terhadap permainan video bermula sejak kecil selepas diperkenalkan permainan Counter-Strike oleh abangnya.
Anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata, dia menghabiskan kebanyakan masa selepas sekolah di kafe siber untuk bermain permainan video, sebelum memberanikan diri menyertai kejohanan di luar Melaka.
"Pada 2015 (11 tahun), saya merantau seorang diri dari Melaka. Ayah saya hantar saya ke KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad). Saya pergi main kejohanan e-sukan.










