KOTA BHARU: Sebanyak 172 kilogram beras pelbagai jenama yang disyaki diseludup dari Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi di pangkalan haram Kuala Jambu, Tumpat, semalam.
Rampasan kira-kira 4 petang turut membabitkan sebuah kereta Proton Wira yang ditinggalkan seorang lelaki sebelum melarikan diri ke Thailand selepas menyedari kehadiran anggota PGA.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain, berkata rampasan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan itu dilaksanakan anggota Strike Force Kompeni B Batalion 7 PGA Kuantan, Pahang, dengan bantuan Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan (KSPBN).
Beliau berkata, ketika menjalankan rondaan di Sektor Pengkalan Kubor, anggota telah mengesan kenderaan berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan berhampiran pangkalan haram berkenaan.









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FTrumpandDanaWhiteintheSpotlight_435224.png&w=480&output=webp&q=85&we)
