LONDON: Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker berharap kelab itu menawarkan kontrak baharu bagi membolehkannya terus beraksi di Anfield selepas tamat musim ini.
Penjaga gol Brazil berusia 34 tahun itu menjadi antara tonggak penting kejayaan The Reds sejak menyertai kelab berkenaan dari AS Roma pada 2018, termasuk membantu mereka merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.
Alisson sudah membuat 347 penampilan bersama Liverpool dan memenangi tujuh trofi utama, namun kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya.
“Saya mahu kekal di sini dan dalam fikiran saya, saya gembira untuk terus bersama Liverpool, selain mahu memberikan tumpuan kepada setiap perlawanan.










