Quito: Dua calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya tempatan pada 29 Nov maut ditembak dalam serangan bersenjata di Huaquillas, wilayah pesisir pantai El Oro di Ecuador pada malam Isnin, lapor Xinhua.

Serangan itu turut meragut nyawa seorang wanita, menurut laporan media tempatan pada Selasa yang memetik laporan polis.

Kedua-dua calon dikenal pasti sebagai bekas Datuk Bandar Huaquillas, Ronald Farfan yang berhasrat merebut kembali jawatan itu, dan calon ahli majlis perbandaran, Cristhian Rugel di kawasan pentadbiran sama.

Serangan berlaku di kawasan kejiranan Los Israelitas ketika kedua-dua calon menghadiri perhimpunan politik bersama penyokong menjelang pilihan raya berkenaan.