KUALA LUMPUR: Kehilangan dua sahabat baik dalam tempoh dua tahun berturut-turut menjadi episod paling sukar dalam kehidupan penyanyi Dinie Rashid sehingga menyebabkan dia mengalami kemurungan dan menyepi daripada industri seni selama lima tahun.

Dinie atau nama penuhnya, Muhammad Dinie Abdul Rashid, 31, berkata pemergian dua insan yang banyak memberikan sokongan terhadap kehidupan dan perjalanan seninya memberi kesan besar terhadap emosinya sehingga mendorongnya mendapatkan bantuan ahli terapi sebelum menjalani rawatan dengan pakar psikiatri.

"Rakan serumah yang juga sahabat baik saya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2020. Dia individu yang banyak menyokong perjalanan seni saya dan turut bekerja dalam bidang media.