JAKARTA: Fenomena El Nino yang kuat menjadi punca utama kebakaran hutan besar-besaran di Indonesia tahun ini, selain perubahan iklim dan aktiviti manusia yang memusnahkan kawasan hutan sejak beberapa dekad lalu.

Kajian kumpulan saintis World Weather Attribution (WWA), mendapati El Nino menyebabkan Indonesia mengalami kekurangan hujan yang luar biasa dari Julai hingga Oktober lalu.

Keadaan itu menyebabkan jumlah hujan sepanjang tempoh berkenaan berkurangan kira-kira separuh, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran hutan.

Perubahan iklim turut memburukkan keadaan apabila menyebabkan suhu meningkat.