SHAH ALAM - Agama sepatutnya menjadi wadah penyatuan masyarakat dan bukannya alat untuk memecah-belahkan, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, kenyataan bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah negara sekalipun tidak sekejam orang bukan Islam, seperti dilaporkan dalam satu ceramah politik di Melaka, amat dikesali.Menurutnya, kenyataan sedemikian membuat penilaian terhadap keadilan dan kezaliman berdasarkan agama seseorang, bukannya berdasarkan akhlak, integriti, tindakan dan tanggungjawab seseorang pemimpin.Beliau berkata, ALLAH SWT berfirman dalam Surah al-Maidah, ayat 8, yang bermaksud:"Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.""Sangat jelas Islam mengajar umatnya supaya berlaku adil walaupun terhadap pihak yang tidak disukai," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Saifuddin Nasution berkata, amat dikesali apabila ada pihak membuat kesimpulan bahawa orang Islam yang zalim tetap lebih baik daripada orang bukan Islam hanya kerana perbezaan agama.Jelas beliau, seseorang pemimpin tidak hanya dinilai berdasarkan identiti agamanya semata-mata, tetapi berdasarkan amanah, keadilan dan keupayaannya melindungi rakyat.Menurutnya, Rasulullah SAW mengajar bahawa setiap manusia adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya."Rasuah tetap rasuah. Penindasan tetap penindasan. Pengkhianatan terhadap amanah tetap satu kesalahan, siapa pun pelakunya."Jangan kita menggunakan agama untuk memberikan perlindungan moral kepada pemimpin yang rasuah," katanya.Beliau berkata, Islam tidak menjadi mulia dengan merendahkan agama lain, sebaliknya Islam menjadi mulia melalui keadilan, akhlak, ilmu, amanah dan contoh kepimpinan yang baik.Katanya, kekuatan orang Melayu dan umat Islam tidak akan terhakis hanya kerana menghormati hak kaum dan agama lain."Sebaliknya, umat Islam akan lebih dihormati apabila menjadi contoh terbaik dalam aspek keadilan, kemajuan, kebijaksanaan dan sifat rahmah kepada seluruh manusia," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, pilihan raya sepatutnya menjadi ruang untuk rakyat menilai rekod prestasi, integriti dan kemampuan calon serta parti politik, bukannya medan untuk membangkitkan ketakutan dan prasangka kaum serta agama.
Agama satukan masyarakat, bukan alat perpecahan – Saifuddin Nasution

Key takeaways
Saifuddin Nasution menegaskan agama harus menyatukan masyarakat, bukan memecah belah, dan mengkritik kenyataan yang menilai keadilan berdasarkan identiti agama pemimpin.
- Saifuddin Nasution menyifatkan kenyataan yang membandingkan kezaliman berdasarkan agama sebagai amat dikesali.
- Beliau menekankan pemimpin perlu dinilai berdasarkan akhlak, integriti dan tanggungjawab, bukan identiti agama.
- Kenyataan ini dibuat pada Jumaat sebagai respons terhadap ceramah politik yang dilaporkan di Melaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia SISPAA bukan alat menekan guru
- Free Malaysia Today Bantuan masyarakat India bukan sekadar Mitra, kata PM
- Utusan Malaysia Politik label agama melampau boleh pecah belahkan masyarakat
- Sinar Harian Agama satukan masyarakat, bukan alat perpecahan – Saifuddin Nasution (this story)









