KUALA LUMPUR: Seramai 1,787 mangsa banjir daripada 480 keluarga di tiga negeri masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 5 petang ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga negeri yang terjejas itu ialah Selangor, Perak dan Sarawak.

Di SELANGOR, seramai 1,531 mangsa daripada 410 keluarga masih ditempatkan di lapan PPS di daerah Kuala Selangor, yang tertinggi dalam senarai tiga negeri terbabit.

Di PERAK, 220 mangsa daripada 64 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak.